Pages

anDa pEngUnjUng yAng kEw__'

Tuesday, 14 February 2012

kU m0hon paDamU,,,,

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada perhentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda...

♥ MENJADI ISTERI PENUH PESONA ♥

Rasulullah saw pernah bersabda kepada ibu saudara Husain bin Mihshan, “Perhatikanlah sikapmu terhadap suamimu, kerana ia adalah syurga dan nerakamu”

Kita bagaimana?

Rasulullah saw juga pernah bersabda,

“Isteri-isteri kalian yang termasuk penghuni syurga ialah yang penuh kasih sayang, banyak anak, suka kepada suaminya; jika ia marah kepada suaminya, ia akan datang kepadanya sambil meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata,’Aku tidak dapat memejamkan mataku hingga engkau redha’.” Hadith riwayat Al-Baghawi dalam As-Silsilah Ash Shahihah.

Alangkah indahnya hidup suami isteri yang rukun aman damai lagi penuh kasih sayang. Penuh kemaafan dan saling manja-memanjakan satu sama lain. Namun ramai antara isteri-isteri sejak dulu hingga kini lebih suka mementingkan diri sendiri. Tersalah bicara sikit, tersentuh hatinya sedikit, terus-terusan berlagak diva. Nak jugak suami datang memujuk. Betul ke tindakan ini selaras dengan anjuran Rasulullah saw? Kadang-kala sampai seminggu tidak bertegur sapa. Bila masuk tidur, terus paling muka ke dinding. Ada apa istimewanya dinding yang keras itu sehingga setia merenungnya sampai berminggu-minggu. Penting sangatkah perasaan kita sehingga menidakkan hak suami terhadap empunya diri?

Berapa ramaikah di antara isteri-isteri sejak dahulu dan kini memohon maaf terhadap suami sebelum masuk tidur setelah bermasam muka? Wahai isteri-isteri akhir zaman, reda dan padamkanlah api amarah dengan senyum manismu. Suburkanlah kasih-sayang yang kita cipta sendiri bersama-sama selama ini.


Alangkah bahagianya dapat merenung wajah manis suami yang bertungkus-lumus dan bekerja keras untuk mendapatkan kita suatu ketika dahulu. Sebagai seorang lelaki, mereka juga ada rasa malu yang menebal terutamanya bila tiba masa nak mengurat. Walaupun malu, digagahkan juga semata-mata untuk memiliki diri kita. Belum lagi cerita bab masa nak berjumpa ibu bapa kita dan ipar duai. Berdebar-debar sudah tentu. Mana tak berdebar, buatnya tak diterimanya dia. Tak ke malu? Malu seh! Itupun ditebalkan juga muka mengadap ibu bapa kita. Dialog? Tak payah cakaplah, mesti tak tidur malam memikirkan ayat-ayat yang nak diatur sebagai pemula bicara. “Makcik…. saya sukakan anak makcik…. kalau boleh saya nak berkahwin dengan dia.” Rasa-rasa…. Senang ke? Kalau saya sebagai perempuan ni, tak sanggup nak pikul tanggungjawab tu. Betullah lelaki ni hero segala-galanya pada perempuan! Bila lelaki dah bercakap macam tu pada ibu bapa, kita rasa sangat-sangat dihargai. Ibu bapa kita pun berbunga-bunga hati untuk menerima orang baru dalam keluarga.

Bila dah berkahwin, suami kita jadi lain macam excitednya. Rasa kita ni betul-betul di bawah jagaan dia. Kalau dulu, dia pun di bawah jagaan ibu bapa dia, sekarang dia pulak yang nak menjaga anak orang, perempuan pulak tu…. Hish! Kena jaga betul-betul ni! Jalan berpimpin, takut jatuh. Makan bersuap takut tak kenyang pulak anak dara orang ni. Tidur bertepuk takut tak lena. Bak kata orang diselimuti kita dengan penuh kasih sayang. Semuanya diuruskan dengan baik agar anak orang ni rasa bahagia. Itulah istimewanya menjadi isteri kepada seorang suami yang bertanggungjawab. Itu tanggungjawab suami.

Tanggungjawab kita sebagai isteri? Sedihnya ramai yang lupa tanggungjawab diri sendiri terhadap suami. Hanya tahu membebankan dan menyesakkan fikiran suami dengan segala macam permintaan yang tiada kesudahannya walaupun hampir tiba masa dua tiang dipacakkan ke tanah. Nauzubillah…..

Itu belum lagi bercerita tentang mulut-mulut power sang isteri. Suami yang bekerja keras setiap hari agar anak-anak dan isteri dapat makan setiap hari, dihamburkan pula dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Sudahlah seharian berpenat-lelah, di rumah pula mendengar leteran si isteri yang bermulut muncung. Belum lagi yang sentiasa melihat keburukan suami tanpa menoleh seketika melihat kasih-sayangnya pada kita.

Ramai juga para isteri di zaman ini yang menidakkan pemberian suami selama ini. Sabda Rasulullah saw kepada isteri-isteri sebegini:

“Neraka diperlihatkan kepadaku, dan aku sama sekali belum pernah melihat pemandangan pada hari ini yang lebih mengerikan dari neraka. Dan kudapati sebahagian besar penghuninya adalah para wanita, kerana mereka kufur terhadap pemberian suami mereka. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama setahun penuh, kemudian ia melihat sesuatu pada diri kalian, ia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan darimu’.” Muttafaqun ‘alaih.

Aduh! Aduh! Isteri-isteri zaman sekarang! Insaflah! Syurga kita terletak pada redha suami. Tenangkanlah sanubarinya dengan kelembutan, kesopanan dan keprihatinan kita. Sematkanlah sentuhan penuh kasih sayang kita di jiwanya agar hidupnya tidak keruan tanpa kita. Suburkanlah roh Islam di dalam rumahtangga yang sama-sama kita cipta dalam mencari erti bahagia sementara di sini ke arah menuju sejahtera di sana yang kekal selamanya.

Saidatina Aisyah ra pernah berkata, “Wahai kaum wanita, seandainya kalian mengetahui hak-hak suami atas diri kalian, nescaya salah seorang dari kalian akan mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya.” HR Ibnu Majah, Shahih At-Targhib wa At- Tarhib.

Begitulah besarnya hak dan kedudukan suami dalam hidup kita seharian. Sebagai seorang isteri, kita perlu sentiasa berfikiran terbuka dan sedaya-upaya cuba mencambahkan minda serta mencari jalan untuk membahagiakan hati suami dan berkejar-kejar untuk mendapatkan keredhaanya.

Persoalannya, apakah hak-hak suami terhadap kita selaku isterinya? Jarang kita bertanya pada diri sendiri tentang keperluan suami pada diri kita. Apakah yang dia dambakan daripada kita sebagai isteri yang masih setia bersamanya? Mungkin di sini boleh saya gariskan beberapa tips atau hak seorang suami yang diperlukan daripada diri kita sebagai isteri.

PERTAMA:
TAATLAH DIRINYA DALAM PERKARA KEBAIKAN!Taat dalam kebaikan ini bermaksud kita taat dalam perkara yang suami suka dan benci. Seandainya suami kurang gemar kita bercampur gaul dengan rakan-rakan wanita di rumah, maka taatlah dan berusaha meletakkan jurang dalam pergaulan dengan memberikan pelbagai alasan. Jadi ketepikan dahulu selera dan citarasa kita semata-mata agar suami bahagia.

Begitu juga dengan soal berpakaian. Tanya dahulu pendapat suami tentang pakaian yang akan kita pakai seharian sama ada di rumah mahupun di luar. Seandainya suami tidak redha walaupun pakaian tersebut merupakan kegemaran atau kebanggaan, tolaklah ketepi. Seandainya kita telah mengenakan pakaian tersebut, kuatkanlah semangat untuk menanggalkannya demi suami.

Lakukanlah semata-mata kerananya demi syurga yang kita kejar.

KEDUA:
BERSABAR!
Tatkala marah, tenangkan suami dengan kata-kata lembut, senyum dan merendah diri. Setidak-tidaknya diamkan diri dahulu, berikan peluang dia meluahkan perasaannya. Tidak salah meminta maaf walaupun kita di pihak yang bersalah ataupun tidak. Kalau dia bersuara, bermakna ada sesuatu yang tidak menyenangkan perasaannya. Jadi, mahu tidak mahu, tentu ada salah di pihak kita. Dalam sebarang pertikaian, tidak penting soal menang dan kalah kerana kita melayari bahtera ini bersama-sama, jadi perlukah soal ego diletakkan di hadapan? Yang penting bagaimana cara kita berusaha untuk mengembalikan keamanan dalam diri masing-masing.

Cuba sedaya-upaya tidak ambil serius kata-kata yang mengguris perasaan kita. Buangkan jauh-jauh bisikan syaitan yang cuba menyemarakkan api kemarahan suami isteri. Makhluk yang dilaknat itu memang suka andai kita suami isteri berpecah-belah. Padamkanlah amarahmu dengan zikir. Tidak salah melawak dan tersenyum-senyum kambing sambil memeluk tari dengan suami. Lama-kelamaan marahnya akan reda.

Tanamkan dalam diri bahawa walaupun berselisih pendapat dan tidak sehaluan dalam sesetengah perkara, kita tidak akan membiarkan masalah itu berlarutan. Cuba bertekad bahawa seminit selepas pertikaian berlaku, kita akan menggenggam erat tangan suami dan berusaha mengembalikan denyutan jantung yang berdegup kencang tadi kepada helaan nafas satu per satu yang tenang. Akhirnya kita berdua akan merasai bahagianya bersama-sama.

KETIGA:
BIJAK KENDALIKAN KONFLIK
Tips utama adalah rahsiakan perselisihanyang berlaku. Kita yang mencipta masalah, kita jugalah yang perlu menyelesaikannya dengan bijak. Kita yang mendirikan rumahtangga ini, kita lah yang akan memastikan ianya terus kekal hingga ke syurga. Bentengkan diri dengan ilmu dan fikiran yang waras. Elakkan campurtangan ibu, mak mertua, ipar duai dan seumpamanya. Pekakkan telinga dengan pendapat yang mungkin akan memisahkan kita dengan suami. Perhatikan dalam-dalam bola mata suami, insyallah kita akan ketemu bahagia di sana. Dialah orang yang kita cintai ketika lafaz akad meniti manis dari bibirnya dahulu.

Kedua, lihat kelemahan diri sendiri dahulu sebelum tangan menundingkannya ke arah suami kita. Perlu dijngat bahawa suami adalah pemimpin, dan dia tahu peranannya sungguhpun tidak diluahkan dengan kata-katan. Pokok utama rumahtangga adalah iman kepada Rabb dengan penyerahan sepenuhnya. Walau segunung konflik yang melanda sekalipun, andai ada tawakkal yang penuh kepada Allah, nescaya hilanglah semua itu bagai angin lalu.

Ketiga, tenang, perlahan-lahan dan bijaksana ketika timbul sebarang konflik. Cuba jangan buat sebarang keputusan secara mendadak atau mengikut perasaan atau dengan kata kasarnya membabi buta. Berikan masa untuk masing-masing mengoreksi diri, buang ketepi kelemahan pasangan dan carigali serta angkat kehebatannya sebagai pasangan kita. Lama-kelamaan perasaan benci akan lenyap dan lahir sayang yang berpanjangan demi mencari keredhaan suami dan Allah.

yaNg maNa peNting..?? peRsahaBatan aTau cInta..??

Yang Mana Penting..?? Persahabatan Atau Cinta..??

Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta? Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.

Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, “Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!” Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.

Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.

Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan…Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.

Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan …cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.

Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan … Renungkanlah, “Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?” Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan…

maHu taPi maLu,,,

Pernahkah anda terhalang di dalam menyampaikan hasrat hati kepada seseorang. Halangan tersebut mungkin disebabkan malu, takut, rasa rendah diri atau sebagainya. Akhirnya si dia yang anda sukai itu menjadi milik orang lain. Dan akhirnya anda hanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah, selamat pengantin baru!

Namun, jika dikaji sejarah hidup Rasulullah, kita boleh mempelajari sesuatu untuk mengatasi masalah itu.

Siapa tidak kenal dengan Ummul Mukminin Saidatina Khadtijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah dan orang yang paling berjasa kepada agama Islam. Beliau mula jatuh hati dengan Rasulullah setelah mendengar khabar tentang keperibadian Rasulullah semasa mengendalikan perdagangan miliknya.

Ramai yang beranggapan bahawa Khadtijah telah meminang Rasulullah. Sebenarnya, proses peminangan Khadtijah dijalankan seperti biasa mengikut adat istiadat Arab. Hamzah dan Abu Thalib (bapa-bapa saudara Rasulullah) adalah individu yang bertanggungjawab di dalam proses peminangan Khadtijah. Khadtijah pula diwakili oleh bapa saudaranya Amr Bin Asad.

Apa yang boleh kita contohi ialah cara Khadtijah menyampaikan hasrat hati beliau kepada Rasulullah. Khadtijah menggunakan perantaraan sahabat baik beliau, Nufaisah Binti Munya untuk menyampaikan maksud. Kaedah ini lebih mulia kerana dirinya sudah tentu tidak akan berasa malu kalau-kalau nabi menolak usulnya.

Dalam proses itu Nurfaisah mulu-mula merahsiakan nama Khadtijah. Beliau hanya menggunakan kiasan-kiasan untuk melindungi identiti sahabatnya. Apabila Rasulullah mula menunjukan tanda-tanda minat, barulah Nurfaisah menyatakan secara terang bahawa individu yang dimaksudkan itu adalah majikan Rasulullah sendiri. Apabila Rasulullah bersetuju, Nufaisah amat gembira dan berjanji akan membantu menguruskan semua hal dan tidak memberatkan Rasulullah.

Kemudian proses peminangan dan perkahwinan berlaku secara normal.

Kesimpulannya, cari seorang rakan yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah sekiranya anda berasa malu, segan, takut atau sebagainya di dalam menyampaikan hasrat hati.

Wallahu’alam.

ku menUnggu mU ~

SETIAP makhluk diciptakan berpasangan dan jangan bersedih jika anda masih sendirian, belum bertemu pasangan bersesuaian. SETIAP makhluk diciptakan berpasangan dan jangan bersedih jika anda masih sendirian, belum bertemu pasangan bersesuaian. Jika baru memulakan persahabatan dengan seseorang, tiba-tiba telefon berdering dan menerima panggilan daripada si dia, apakah itu dianggap satu kebetulan? Dua manusia yang berasa diri mereka bagaikan ada jodoh, pasti memiliki ikatan emosi, kerohanian dan fizikal antara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suara, sudah dirasa getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah begitu? Apakah petanda lainnya si dia itu jodoh kita atau sebaliknya? Barangkali petanda berikut boleh dijadikan panduan. – Rahsia sepasang kekasih memiliki usia hubungan yang panjang adalah adanya sikap saling bekerjasama. Anda dan dia selalu dapat saling membantu dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan bersama-sama. Semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa membabitkan orang lain. Adakah ia berlaku pada diri anda? Jika ya, selamat kerana ada harapan si dia calon pendamping hidup anda. – Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba perhatikan gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambut, cara berbicara serta tawanya. Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda. – Adanya deria batiniah seolah dapat dibaca oleh si dia? Apabila anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu, mungkin dialah kebahagiaan yang dicari. – Bersamanya dapat membuatkan perasaan menjadi tenang, selesa dan tanpa rasa tekanan yang membebankan. Berjam-jam bersamanya malah setiap waktu dan setiap hari langsung tidak mencetus rasa bosan, itulah petanda anda berdua kelak akan saling terikat. – Dia sering di sisi dalam apa saja situasi. Dia juga sering memahami suka duka yang anda alami. Percayalah, pasangan yang mempunyai jodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut dan suka duka saat bersama. Ingat kembali, adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi anda terganggu? Dia tahu keadaannya waktu anda sakit? Jika ya, tidak salah lagi, dialah orangnya. – Dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, juga tidak peduli masa lalu anda bersama kekasih terdahulu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, jika begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda seadanya. – Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan anda tidak malu memperlihatkannya pada si dia. Si dia pula tidak segan menceritakan kelemahan dan kekurangannya pada anda. Anda dan si dia barangkali memang ditakdirkan untuk bersama.

kata pengUbat haTi :-)

Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.
Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca ♥

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.