Pages

anDa pEngUnjUng yAng kEw__'

Monday, 19 May 2014

Selamat bekerja :)





Assalamualaikum.... Alhamdulillah sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.... Lama sudah xupdate blogger nim,,, biase laa sibuk dengan aktiviti harian tak sempat nk on...tambahan intenet bukan ad selalu... btw i'm happy wif my life.....walaupun kadang - kadang da  'give up'  tapi kite xtau apa perjalanan hidup kite yang kehadapan...  Alhamdulillah dapat kije...walaupun kije biasa2 tp masih mampu tolong2 kuarge,,,sebaik yang mungkin... rezeki yang Allah s.w.t adalah luas..kite xtahu mungkin rezeki ad tapi lambat atau cepat sahaja yang membezakan nya.... mensyukurilah dengan apa yang ada...mungkin dengan itu kite akan memperoleh kelebihan suatu hari nanti....dan mungkin juga ini sebagai pengalaman hidup...kalau tak rasa kite tak kan tahu apa itu pengalaman yang hebat... Pengalaman itu adalah guru untuk suatu usaha yang akan dicipta oleh kite sendiri....

Akhirnya ' I am graduated '

Tuesday, 4 March 2014

jum update intagram...


Koleksi Aidil Juma ^^ mau beli maa



tahun 2014 plezz be nice :)

assalamualaikum,,,,,, alhamdulillah masuk tahun 2014 dapat berjumpa lagi...Allah masih memberi kita kesempatan di bumi yang tercinta ini.. 

~tanda2 leLaki benaR2 jtuh cinta.. ~

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah susah...

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA